Saturday, July 29, 2017

MENCARI CINTA HAKIKI


Allah sayang kita. Allah tak akan biarkan kita SAKIT. Allah akan sentiasa membantu kita mencari jalan menuju cinta Ilahi.
Sedang kita asyik leka menonton drama kegemaran, akan terselit alunan azan berkumandang. Perasaan kita berbelah bahagi.
“Hrmmm… nak pergi masjid ke?”
“Alamak cerita menarik pula… episod terakhir ni.”
Kita yang tidak sayangkan diri kita. Kita seringkali tergelincir dengan pujukan Iblis. Kita terpedaya dengan dunia yang menipu. Sedang masjid dilupakan di dalam jantung hati kita. Jalan yang salah adalah pilihan kita.
Jangan salahkan Allah. Salahkan diri sendiri. Marilah berusaha mencari jalan menuju cinta Illahi.
"Kita semua kenal siapa diri kita sebelum ini. Dahulu kita tidak sebegini. Dahulu kita jahil dan sesat. Dahulu kita malas mengaji. Sekarang baru timbul perasaan minat untuk mengaji ilmu. Itu tandanya Allah sayangkan kita"

Dahulu hanya ungkapan sahaja terbit di bibir kita. Sekarang sedikit demi sedikit kita diberi ilham untuk faham ilmu. Perbaikilah amalan kita. Allah sangat sayang kita. Allah paling penyayang dalam kalangan yang penyayang.
“…Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.” (Surah Al-A’raaf 7:56)
“Persoalannya, adakah kita kenal diri kita sebagai hamba?”
“Adakah kita merasakan diri ini hamba?”
“Adakah kita mempersembahkan sepenuhnya jiwa kehambaan?”
Jika kita merasakan diri memiliki jiwa kehambaan, insyaAllah kita akan tidak meninggi diri. Jika kita kenal Allah, perasaan tidak mahu jauh dari pandangan Allah sentiasa menusuk ke dalam jiwa qalbu.
Perasaan rindu pada Allah akan menusuk dalam benak fikiran kita. Jika kita sayang Allah, kita mahu sentiasa mendapat perhatian Allah S.W.T.
Jika kita menyerahkan jiwa ini dekat dengan Allah, lidah kita akan sentiasa berzikir kerana Allah. Jantung hati kita akan bersih daripada perkara tercela. Kita akan rasakan dunia ini kecil sahaja. Dunia ini singkat sahaja. Dunia ini menipu.
“Apakah syurga semakin dekat dengan saya?”
“Adakah saya selamat daripada seksa kubur?”
“Adakah Allah terima amalan saya?”
“Adakah Allah sayang saya?”
Tepuk dada, tanya iman, adakah saya berpijak di bumi nyata atau masih lagi menunggu bilakah untuk mencari cinta hakiki ini?

No comments:

Post a Comment

BAGAIMANA MENANGANI STRESS

Bagaimana Cara Menangani Stress Melampau Anda Stress adalah adalah sesuatu yang normal bagi setiap manusia dan kita tidak dapat lari...