Monday, July 31, 2017

BAGAIMANA MENANGANI STRESS

Bagaimana Cara Menangani Stress Melampau Anda


Stress adalah adalah sesuatu yang normal bagi setiap manusia dan kita tidak dapat lari daripada stress.Stress boleh berlaku disebabkan masalah yang kita hadapi seharian sama ada tekanan kerja, masalah keluarga, kewangan, sosial mahupun politik.

Ianya bukanlah satu penyakit namun stress yang melampau boleh menyebabkan anda menghadapi penyakit seperti jantung, migrain, darah tinggi dan sebagainya. Stress perlu ditangani dengan bijak dan berhemah bagi memastikan anda tidak tertekan dengan stress tersebut.

Bagaimana Cara Menangani Stress Melampau Anda
Bagi menangani stress dan mencegah stress dari berpanjangan anda boleh amalkan langkah-langkah seperti di bawah.

8 Langkah mengatasi stress
  • Banyakkan ibadah kepada Allah, mengaji dan Istigfar. Mendekatkan diri kepada yang esa boleh memberi ketenangan kepada kita. Sekiranya anda ditimpa musibah ataupun stress, banyakkan mengucap dan istigfar.InsyaAllah Allah akan membantu anda.
  • Sentiasa berfikiran positif. Sebagai contoh apabila seseorang mengkritik atau memarahi anda, cuba fikir kenapa anda dimarahi dan jadikan semua kritik sebagai motivasi anda supaya melakukan kerja dengan lebih baik.
  • Banyakkan bersukan dan riadah. Pengeluaran peluh boleh menyihatkan badan dan mengurangkan stress.
  • Luahkan perasaan stress anda kepada orang tersayang seperti ibu bapa, kekasih, isteri ataupun suami. Pastikan luahan hati tersebut hanya pada orang yang positif dan sekiranya anda mendapat nasihat yang negatif anda hendaklah fikir dan ambil yang baik sahaja. Sekiranya stress anda teruk, anda bolehlah berjumpa pakar kaunseling.
  • Banyakkan rehat. Stress boleh menyebabkan badan kita bertindakbalas dan menyebabkan kita mudah letih. Banyakkan berehat samaada mengambil cuti bersiar-siar ataupun cuba tidur bagi memberi anda tenaga untuk kita melakukan kerja seharian. Pastikan tidur anda cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
  • Kawal emosi dan berfikiran rasional. Jangan mudah melenting ataupun marah. Kawal emosi dan sekiranya anda tidak dapat menahan emosi maka cuba tarik nafas panjang dan menghembuskannya. Selain itu, sekiranya pada waktu itu anda dalam keadaan marah cuba ubah posisi anda dari posisi duduk ke berdiri ke posisi duduk.
  • Melancong bersama keluarga. Kerja yang sibuk boleh menimbulkan stress. Ambil cuti hujung minggu ataupun ambil cuti untuk melancong bersama orang tersayang dapat mengurangkan stress anda. Sila pastikan anda tidak fikir kerja menanti di pejabat semasa anda melancong.
  • Ambil masa berbual-bual atau lepak bersama kawan-kawan, makan di luar, ke taman tema, pantai ataupun isi masa lapang dengan hobi anda.
Stress amatlah membebankan dan setiap manusia tidak dapat mengelak daripada ditimpa masalah. Semoga panduan bagaimana mengatasi stress di atas dapat membantu anda. 🙂 Anda juga mungkin berminat membaca artikel lain bagi teknik dan cara mengatasi stress

MENGAWAL AMARAH





Menurut riwayat, ada seorang Badwi datang menghadap Nabi s.a.w. dengan maksud ingin meminta sesuatu  pada Baginda. Nabi s.a.w. memberinya, lalu bersabda, “Aku berbuat baik kepada mu.” Badwi itu berkata, “pemberianmu tidak baik padamu.” Para sahabat rasa tersingguing, lalu mengugutnya dengan marah, namun Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar.
Kemudian Nabi s.a.w. pulang ke rumah. Nabi kembali dengan membawa barang tambahan untuk diberikan kepada Badwi itu. Nabi bersabda pada Badwi itu, “Aku berbuat baik pada mu?” Badwi itu berkata, “Ya, semoga Allah membalas kebaikan uan, keluarga dan kerabat.”
Keesokan harinmya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, “Nah, kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar itu engkaui dengar, kemudian engkau tidak bersabar dan engkau membunuhnya, maka ia pasti masuk neraka. Namun, kerana saya bimbing dengan baik, maka ia selamat.” Beberapa hari selepas itu, si Badwi bersedia untuk di beri perintah bagi melaksanakan tugas penting yang berat mana sekali pun. Dia juga turut dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan redho.
Rasulullah s.a.w. memberikan contoh kepada kita tentang berlapang dada. Ia tidak marah menghadapi kekasaran seorang Badwi yang memang demikianlah karekternya. Kalaupun saat itu dilakukan hukuman terhadap si Badwi itu , tentu hal itu bukan satu kezaliman, namun Rasulullah s.a.w. tidak berbuat demikian.
Baginda tetep sabar menghadapinya dan memberikan sikap yang ramah dan lemah lembut. Pada saat itulah, Nabi Muhammad s.a.w. ingin menunjukkan pada kita bahawa kesabaran dan lapang dada lebih tinggi nilainya dari pada harta benda yang bertimbun. Harta, saat itu, ibarat sampah yang berlonggok yang di pakai untuk makanan unta yang ganas. Tentu saja, unta yang telah mendapatkan keperluannya akan dengan mudah dapat dijinakkan dan boleh di gunakan untuk menempuh perjalanan jauh.
Adakala, Rasulullah s.a.w. juga marah, Namun, marahnya tidak melampaui batas kemuliaan. Itu pun Baginda lakukan bukan kerana masaalah peribadi melainkan kerana kehormatan agama Allah.
Rasulullah bersabda:”Memaki hamun orang Mukmin adalah fasik(dosa) dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam).”(riwayat Bukhari).
Sabdanya lagi: “Bukanlah seorang Mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor.” (riwayat At Tarmizi)
Seorang yang mampu mengawal nafsu ketika marahnya memuncak, dan mampu menahan diri dikala mendapat ejekan maka orang seperti inilah yang diharapkan menghasilkan kebaikan dan kebajikan bagi dirinya mahupun masyarakatnya.
Seorang Hakim yang tidak mampu menahan marahnya tidak akan mampu memutuskan perkara adil. Dan, sekiranya seorang pemimpin yang mudah terbakar nafsu marahnya tidak akan mampu memberikan jalan keluar bagi rakyatnya. Justeru itu ia akan sentiasa memunculkan permusuhan di dalam masyarakatnya. Begitu pula dengan pasangan suami isteri yang tidak memilikki ketenangan jiwa. Ia akan tidak mampu melayarkan bahtera hidupnya kerana masing-masing tidak mampu memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangan mereka.

KEK COKLAT BROWNIES WALNUT


Resepi brownies paling sedap






Bahan bahan untuk 8x8 square pan


170g choc bittersweet ( Aku guna chocolate courverture)
90g butter
35g coco powder

Cairkan kaedah double boil. Atau cing kejap dalam microwave. Cing tu adalah bunyi microwave bila dah time up. Cinggg..

100g tepung
1/4ts garam
1/4ts baking powder

Ayak bersama

2 biji telur + 1 kuning telur
180g gula castor
1ts vanilla

Kaedah membuatnya


(1) Pukul telur dan gula laju laju dalam 10 minit. Masukkan esen vanilla. Kacau sebati
(2) Masukkan chocolate cair tadi
(3) Masukkan tepung yang telah di ayak
(4) Bakar 180 darjah celcius dalam 35 minit. (bergantung pada kepanasan oven) - Aku pakai built in oven kakak ipar. 30minit sahaja.

Indicator paling senang adalah, brownies akan kembung naik dan turun semula. Bila dah turun semula tu dah masak la tu maksudnya. 5-10 minit terakhir tu boleh hadap oven sampai puas. Hahaha..

Kalau nak lagi sedap. Taburkan slice almond atasnya. Atau macam aku, bakar plain, lepas tu letak topping ganache coklat dan taburkan walnut untuk jualan. Hihihi.

Nota kaki : Aku buat guna 10x10 square pan, adunan tu jadikan satu setengah adunan. Dan jangan lupa alas pan dengan baking paper. 


Selamat mencuba. 

PANDUAN PENTING SEBELUM BERCUTI


PANDUAN PENTING SEBELUM BERCUTI


Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong mahupun pergi bercuti, anda perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda berjalan dengan lancar.
Perancangan kewangan yang rapi dan teliti sangat penting bagi mengelakkan kekusutan fikiran setelah pulang bercuti. Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan jika anda merancang untuk melancong atau bercuti, tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara.
 Menabung
Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda.

Pakej promosi
Apabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Tanya ejen pelancongan tempatan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.
Perancangan percutian
Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda.
Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.
Bajet semasa bercuti
Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.
Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.
Tempahan awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda.
Tempahan awal
Bercuti bersama anak-anak
Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting.
Peta
Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.
Pengangkutan
Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.
Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.
Sarapan percuma
Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana adalah mahal. Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan di hotel, anda boleh mengurangkan lagi perbelanjaan anda.
Ole-ole/ buah tangan
Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.
Dana Kecemasan
Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.
Penggunaan wang tunai
Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.

Sunday, July 30, 2017

Membina Keluarga yang SAKINAH





Menciptakan keluarga yang bahagia sakinah dan keluarga yang islami adalah merupakan salah satu tujuan pernikahan di dalam islam itu sendiri.

Tujuan pernikahan dalam Islam adalah mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam yang merupakan anutan kita dalam kehidupan dunia maupun akhirat.

Kerana dalam ajaran Islam dan Sunnah Nabi banyak terkandung hikmah dan manfaat yang banyak sekali. Untuk itulah mengetahui tips membentuk keluarga bahagia adalah perlu untuk diketahui dan difahami oleh para keluarga dan pasangan suami istri.

Agama Islam telah memberikan petunjuk yang lengkap dan terperinci terhadap persoalan pernikahan. Mulai dari anjuran menikah, cara memilih pasangan yang ideal, melakukan khitbah (peminangan), bagaimana mendidik anak.

Serta memberikan jalan keluar jika terjadi kemelut dalam rumah tangga, sampai dalam proses nafaqah (memberi nafkah) dari suami kepada istrinya serta juga persoalan harta waris dalam keluarga, semua diatur oleh Islam secara terperinci, jelas dan lengkap.

Tujuan Pernikahan Dalam Membentuk Keluarga Sakinah


Mengenai tujuan sebuah pernikahan dalam agama Islam adalah terdapat dalam dalil Al-Qur'an mengenai keutamaan menikah yaitu firman Allah Ta'ala yang ertinya :-


 
Rumah tangga yang mengamalkan ajaran Islam adalah merupakan rumah yang selalu didambakan oleh setiap pasangan suami-isetri yang mana terdapat di dalamnya ketenangan, kedamaian, kasih sayang dan dalam hadis disebut dengan Baiti jannatiy (rumahku adalah surgaku).

Banyak cara membentuk rumah tangga yang bahagia, salah satunya adalah ilmu dan kasih sayang yang cukup antara ahli keluarga mampu membentuk keluarga bahagia,  disamping suami tegas yang sentiasa membimbing keluarga ke jalan yang diredhai. Bertolak ansur antara pasangan antara sama lain juga cara yang mampu membentuk rumah tangga bahagia. Di dalam mendidik anak - anak, suami isteri perlu peka terhadap perkembangan anak - anak dan  menerapkan ajaran Islam agar anak tidak terpesong dari jalan yang diredhai.


Dalam Islam tujuan pernikahan itu antara lain adalah sebagai berikut :
  1. Untuk Memenuhi Tuntutan Naluri Manusia Yang Asasi.
  2. Untuk Membentengi Akhlak Yang Mulia.
  3. Untuk Mendirikan Rumah Tangga Yang Berasaskan Ajaran Islam
  4. Untuk Meningkatkan Ibadah Kepada Allah.
  5. Untuk Memperoleh Keturunan Yang Soleh dan Solehah

Hakikat Kehidupan Rumah Tangga Yang Harmoni


Sesungguhnya hakikat kehidupan yang sakinah adalah suatu kehidupan yang dilandasi mawaddah warohmah (cinta dan kasih sayang) dari Allah subhanahu wata’ala Pencipta alam semesta ini. Yakni sebuah kehidupan yang di redhai oleh Allah.

Yang mana para pelakunya / orang yang menjalani kehidupan tersebut senantiasa berusaha dan mencari keredhaan Allah dan rasulNya, dengan cara melakukan setiap apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Allah dan rasulNya.

Maka kesimpulannya, bahawa hakikkat sebuah kehidupan rumah tangga yang sakinah adalah terletak pada realisasi/penerapan nilai-nilai agama dalam kehidupan berumah tangga yang bertujuan mencari redha Allah

Saturday, July 29, 2017

10 Amalan Pemakanan Sihat Yang Boleh Mengubah Hidup Anda

Berikut merupakan sedikit panduan kepada anda yang gemar makan '10 HEALTHY EATING HABITS THAT WILL CHANGE YOUR LIFE'.
Artikel ini sedikit sebanyak membantu saya menyemak cara dan pengambilan makanan saya agar makan dengan lebih bertanggungjawab.


Berikut adalah 10 amalan pemakanan tersebut:
  1. Jangan tidak makan karbohidrat
Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.

  1. Rancang apa yang hendak dimakan
Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.

  1. Makan tengahari semahu anda
Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang banyak seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan tengahari di mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Di waktu itu juga badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian. Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin

  1. Makan makanan berwarna pelangi
Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.

  1. Berhenti sebelum kenyang
Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.

  1. Tetapkan pola waktu makan yang seragam
Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang yang banyak

  1. Minum segelas air suam 20 minit sebelum makan
Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.

  1. Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan
Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian. Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.

  1. Menguyah makanan secara perlahan-lahan
Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem pencernaan. Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.

  1. Tidur secukupnya
Amalkan tidur yang secukupnya bagi mempastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik termasuk sistem penghadaman.

TIPS PENJAGAAN KUCING


Hai... Disini saya nak kongsi beberapa tips penjagaan kucing :-

1.Si manja perlulah dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam, kalau guna air sejuk dia akan mengigil, tubuh dia kan kecik, jadi dia tak dapat tahan kesejukan air  kalau anda guna air sejuk, berkemungkinan besar dia akan melompat dan mencakar cakar anda. 

2.Tahap kepanasan air tu biarlah suam-kuku, agak-agaklah la si manja tidak sejuk & tidak berapa panas bila ia dijirus dgn air tersebut... Anda perlulah memandikan si comel dari ekor terlebih dahulu, jirus bahagian ekor dan seterusnya ke seluruh badan kecuali muka dan telinga. Telinga si manja tidak boleh dimasuki air, jika tidak, telinganya boleh bernanah, muka pula tak boleh dijirus, nanti dia lemas, cukup sekadar anda lap menggunakan tuala kecik yang telah di basahkan. 
Kemudian, syampu seluruh tubuh badan si comel kecuali bahagian kepalanya sahaja (jangan sekali kali guna syampu manusia)... Gosok2 dan garu badannya sehingga diliputi syampu, gaul sehingga ia sebati & mesra. Sebab jika si manja ade kutu, bagi kutu tu pening2 lalat supaya ia pengsan dan mengalir jatuh bersama air. Setelah itu, bilas kembali degan air suam hinggalah buih-buih syampu itu hilang. Bersihkan hidung & mata si manja anda dengan kain tuala atau tisu yg dilembapkan (lembap, bukan basah ya). 

3.Keringkan si comel anda dengan tuala yg dikhaskan untuknya, lapkan seluruh tubuhnya. Bagi kucing yang berbulu lebat dan panjang seperti persian, ragdoll, norwegian forest, silberian, chinchilla, munchkin (yg bulu panjang je) dan yg sewaktu dengannya, anda perlulah menggunakan 'hair dryer'. 
Ingat, gunakan suhu yang coll pada hair dryer untuk mengeringkan tubuh mereka, kerana jika anda biarkan bulu mereka kering sendiri, ini boleh mendatangkan penyakit kulit kepada kulit lembap mereka. 
Bagi kucing biasa macam kucing kampung kat malaysia ni, better guna 'hair dryer' jugak, tapi kalau tak mahu atau susah sebab mereka takut, anda jemur je la tgh panas, sebab diorang ni memang suka berjemur lepas mandi,  Kebanyakan kucing-kucing berbulu pendek ni kurang potensi untuk terkena penyakit kulit. Bagi yang bulu pendek ni anda boleh juga menggunakan 'hair dryer', tapi tidaklah menjadi satu kemestian berbanding dengan kucing yg berbulu panjang. 

4.Si manja yang berbulu panjang hendaklah disikat setiap hari bagi membuang bulu-bulu mati yg melekat di badannya dengan menggunakan sikat yg khas untuk kucing.

 5.Bahagian telinga si manja juga agak sensitif dgn habuk dan hama, jika dibiarkan kotor, ia mungkin akan menyebabkan telinga si comel dijangkiti hama atau kuman, hama itu boleh memakan darah dan menyebabkan si comel berasa tidak selesa, kerap menggaru dan telinga dan kadang kala akan berdarah. Seterusnya kuman pula boleh membawa penyakit kepada telinga dan menyebabkan telinga si comel bernanah, jika dibiarkan, ianya akan menjadi buruk dan kritikal hingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa si comel anda.
Telinga si comel perlulah di cuci dgn putik kapas serta ubat telinga yg khas untuk matikan kuman  sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau anda nak guna kapas untul cuci telinga pun boleh, terpulang pada citarasa memasing. Mata dan hidung si manja pula seeloknya dibersihkan setiap hari.

 6.Untuk pemakanan si comel pula, anda tolonglah jangan sekali kali terpengaruh dengan iklan TV, cakap bagus, bulu cantik, bersinar, sihat, lincah, cantik dll. Bukan masanya untuk terpengaruh dengan TV lagi, kalau tak percaya cakap saya ni anda boleh jumpa doktor veterinar sendiri, tanya doktor tentang pemakanan sihat untuk kucing.. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan makanan kucing adalah tidak berapa baik, ia tidak lebih melainkan sebagai 'junk food' kepada si comel anda, ada satu je yg agak elok jenama iaitu VetMaster kerana ia dibuat oleh seorang doktor haiwan yg sgt berpengalaman di Kuala Lumpur... itu pun dalam kategori 'Low Premium Food'. Kita sepatutnya menyediakan makanan 'Premium Food or Super Premium Food'. 
Contoh seperti 'Super Premium Food' adalah Orijen dan Innova Evo. 
Dalam makanan ni, ia banyak mengandungi protein iaitu 45% dan 50%. Namun tidak semua kucing boleh menerima makanan yang berprotein tinggi dengan jayanya. Maksudnya, sesetengah kucing akan berak cair jika makan makanan berprotein tinggi ni, maka anda kenalah campur dengan 'Premium atau Low Premium Food' bersama sama makanan 'Super Premium Food' tersebut untuk menyeimbangkannya supaya ia menghasilkan najis yg keras dan elok (melalui najisnya kita boleh tengok tahap kesihatan si manja). 

7. Bagi 'Premium Food' pula contohnya Royal Canin, Science Plan, Iams, Acana, Blackwood, Eagle Pack, Proformance dan sebagainya... Anda boleh pilih yang mana satu. Walau bagaimanapun, makanan yg terbaik bagi si comel adalah B.A.R.F. iaitu 'Bone And Raw Food', tulang dan daging mentah, itu jawapan kepada kajian saintis omputih, yg mana ianya selari dengan fitrah dan semulajadi kucing tersebut sebagai haiwan karnivor.


 8. Last sekali, jangan letak toilet si comel anda di dalam satu sangkar ( cage ) bersama dengan makanan si comel, kerana ianya menimbulkan rasa yg tidak enak kepada si comel untuk menjamu selera.Bagaimana perasaan kita jika makan, minum, berak, kencing dan tidur dalam satu ruang yg sempit. Ianya menyukarkan keadaan si comel untuk bergerak dan bermain, ditambah dengan bau yang kurang menyenangkan.

MENCARI CINTA HAKIKI


Allah sayang kita. Allah tak akan biarkan kita SAKIT. Allah akan sentiasa membantu kita mencari jalan menuju cinta Ilahi.
Sedang kita asyik leka menonton drama kegemaran, akan terselit alunan azan berkumandang. Perasaan kita berbelah bahagi.
“Hrmmm… nak pergi masjid ke?”
“Alamak cerita menarik pula… episod terakhir ni.”
Kita yang tidak sayangkan diri kita. Kita seringkali tergelincir dengan pujukan Iblis. Kita terpedaya dengan dunia yang menipu. Sedang masjid dilupakan di dalam jantung hati kita. Jalan yang salah adalah pilihan kita.
Jangan salahkan Allah. Salahkan diri sendiri. Marilah berusaha mencari jalan menuju cinta Illahi.

KENAIKAN HARGA IKAN MEMBEBANKAN RAKYAT

IKAN oo IKAN... 

Ikan merupakan salah satu sumber protien paling murah dan senang diperolehi..
Tapi zaman kini ianya jadi mahal pula... 

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara, dengan jumlah penduduk mencecah seramai 32 juta orang. Dengan jumlah penduduk tersebut, pelbagai adat resam, budaya, dan agama menjadi pegangan. Agama Islam adalah agama rasmi dengan pegangan sebanyak 60.4% daripada jumlah penduduk pada tahun 2015, diikuti agama Kristian sebanyak 9.1%, Buddha 19.2%, dan Hindu 6.3%, serta lain-lain agama 5%. 
Malaysia dikelilingi oleh lautan yang merangkumi Lautan Hindi, Selat Melaka, Laut China Selatan, dan Laut Sulu. Justeru itu, dengan kedudukan tersebut menjadikan ikan sebagai sumber protein utama rakyat Malaysia. Pelbagai spesis hidupan marin terdapat di Malaysia, seperti ikan selar, ikan cencaru, ikan aya, ikan kerapu, sotong, ikan, udang, dan banyak lagi.

Antara faktor - faktor menyebabkan kurangnya ikan adalah :-

1.     Musim Tengkujuh
Malaysia mengalami iklim khatulistiwa, namun bagi sesetengah tempat di Malaysia, terutamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia (Kedah dan Perlis) dan utara Sabah (Beaufort, Tawau, Kudat dan Sandakan), mengalami iklim monsun tropika.
Secara amnya, Malaysia merekodkan suhu yang hampir seragam, kelembapan yang tinggi dan menerima purata hujan yang banyak sepanjang tahun.
Semasa musim monsun timur laut atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh, kawasan yang terdedah adalah seperti kawasan Pantai timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang), kawasan barat Sarawak dan kawasan timur laut Sabah mengalami beberapa tempoh hujan lebat.
Disebabkan faktor cuaca dan musim tengkujuh menyebabkan kesukaran nelayan – nelayan  untuk turun ke laut kerana  bimbang akan keselamatan dan ombak yang kuat. Faktor ini, menyebabkan harga ikan melambung tinggi kerana hasil kurang manakala permintaan adalah tinggi.

2.      Kekurangan Hasil Marin
Permintaan masyarakat dunia terhadap hasil laut terus meningkat saban tahun berikutan faktor pertambahan penduduk di seluruh dunia.
"Malah, jika dilihat keadaan masa kini, nelayan mengalami kesukaran untuk mendapatkan hasil laut kerana stok ikan marin semakin berkurangan akibat penangkapan yang berleluasa.
"Asia merupakan antara yang benua yang terbesar membekalkan ikan ke seluruh dunia sebelum ini, namun trend tersebut telah berubah di mana negara seperti China lebih banyak mengimport berbanding mengeksport hasil laut bagi memenuhi permintaan rakyatnya yang semakin meningkat," katanya.

3. Bimbang ancaman lanun juga  antara faktor bekalan ikan kurang di pasaran

 

Bimbang dengan ancaman lanun terutama di pantai barat Semenanjung adalah antara faktor bekalan ikan kini agak berkurangan di pasaran.  Ini kerana kebanyakan lanun menjadikan nelayan sebagai tebusan bagi menuntut wang dari kerajaan Malaysia. Lanun- lanun ini, kebiasaanya suka merompak hasil dan bot - bot nelayan kecil, dan merompak hasil ikan yang di dapati oleh nelayan. Jika terdesak, nelayan juga boleh dijadikan tebusan. Ini salah satu juga menjadi ancaman keselamatan yang sebabkan nelayan takut nak ke laut.

 

4.      Pemborong Sorok Bekalan Ikan 

               
               Tokey - tokey ikan suka simpan stok, dan keluarkan bila kekurangan ikan. Cara ini, selalunya tokey                        suka main harga dan kaut keuntungan sewenang-wenangnya. 
               http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sorok-bekalan-ikan-8211-lkim-1.429128


               Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia kita harus peka dalam menangani masalah ini, semua pihak                  harus terlibat dalam membanteras lanun dan melaporkan perkara kepada pihak berkuasa jika di                          dapati pemborong - pemborong ikan yang menyorokkan bekalan ikan.







BAGAIMANA MENANGANI STRESS

Bagaimana Cara Menangani Stress Melampau Anda Stress adalah adalah sesuatu yang normal bagi setiap manusia dan kita tidak dapat lari...